Saturday, March 2, 2013

tidak semudah yang disangka....

          Apa yang berlaku tidak akan berlaku dengan mudah. bergitulah kehidupan seharian kita. ada perkara tidak berlaku tanpa dirancang dan ada setengah perkara berlaku bila kita sudah bersedia untuk menghadapinya. kita harus terima hakikat yang semua perkara bukan berlaku bukan atas kehendak kita. sebaliknya ia sudah ditentukan oleh-Nya. kita sekadar merancang yang menentukannya adalah DIA Yang Maha Berkuasa.
        Kehidupan kita tidak akan sentiasa indah setiap hari. ada masanya kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. dalam hidup ini aku sudah berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. manusia yang sentasa bertopeng untuk menutupi diri yang sebenar.
        Aku telah bertemu dengan pelbagai jenis manusia. manusia yang digelar kawan yang hanya berkawan untuk kepentingan diri, kawan yang tahu mengambil kesempatan, kawan yang berada disaat gembira sahaja, kawan yang sanggup menkhianati kawan untuk kepentingan diri, dan sebagainya.
       

No comments:

Post a Comment