Monday, March 4, 2013

aku bermohon!!!

ya allah... kenapa perasaan ini hadir kembali... sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk aku ENGKAU hapuskanlah perasaan ini terhadapnya... dan berikanlah aku kekuatan untuk menyintai-Mu lebih daripada aku menyintainya... aku tidak mampu untuk menolak kehadiran perasaan ini untuknya... hanya ENGKAU lah yang MAHA MENGETAHUI... apa yang terbaik buatku... aku bermohon padamu YA  ALLAH, jauhkanlah perasaan ini dihatiku... aku hanya ingin menjadikan ENGKAU cinta pertamaku... dan cinta keduaku hanya lah untuk lelaki yang akan bergelar suami padaku... hanya dia yang berhak mendapat perasaan ini YA ALLAH...

Saturday, March 2, 2013

tidak semudah yang disangka....

          Apa yang berlaku tidak akan berlaku dengan mudah. bergitulah kehidupan seharian kita. ada perkara tidak berlaku tanpa dirancang dan ada setengah perkara berlaku bila kita sudah bersedia untuk menghadapinya. kita harus terima hakikat yang semua perkara bukan berlaku bukan atas kehendak kita. sebaliknya ia sudah ditentukan oleh-Nya. kita sekadar merancang yang menentukannya adalah DIA Yang Maha Berkuasa.
        Kehidupan kita tidak akan sentiasa indah setiap hari. ada masanya kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. dalam hidup ini aku sudah berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. manusia yang sentasa bertopeng untuk menutupi diri yang sebenar.
        Aku telah bertemu dengan pelbagai jenis manusia. manusia yang digelar kawan yang hanya berkawan untuk kepentingan diri, kawan yang tahu mengambil kesempatan, kawan yang berada disaat gembira sahaja, kawan yang sanggup menkhianati kawan untuk kepentingan diri, dan sebagainya.